Isnin, 23 Ogos 2010

Tanda-tanda Kiamat


Rasulullah SAW ada menceritakan, melalui beberapa hadis yang sahih tentang alamat-alamat atau tanda-tanda akan berlakunya Kiamat. Di antara tanda-tanda akan berlakunya Kiamat menurut satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari seorang sahabat, Anas r.a :

1. Ilmu agama dianggap remeh dan tidak penting; tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya. Semakin kurang orang yang mempelajarinya dan akan lenyap terus kerana tiada lagi yang ingin mempelajarinya.

2. Kebodohan dan kejahilan jelas dan nyata; di mana ilmu agama tidak difahami atau di mengertikan oleh orang ramai.


3. Perbuatan zina berlaku berleluasa; keadaan zina ini berlaku dengan mudah di mana-mana; di kebun bunga, di dalam kereta, di kilang-kilang, di pejabat-pejabat dan lain-lain lagi. Terdapat pula tempat pelacuran dan rumah urut yang berlesen daripada kerajaan.

4. Arak menjadi minuman biasa; arak di minum dengan tidak segan silu dan tidak rasa takut bahkan menjadi satu kebanggaan kepada peminumnya. Ia dijual dan dipamerkan dengan berleluasa di kedai-kedai dan juga di kedai makan atau restoren.

5. Kaum lelaki semakin berkurang; kadar kelahiran bayi lelaki semakin menurun. Ini di tambah pula dengan ramainya lelaki yang terkorban dalam peperangan yang sering terjadi.

6. Kaum perempuan melebihi kaum lelaki; kadar perempuan berbanding dengan lelaki begitu jauh sekali, 50 perempuan berbanding seorang lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan