Rasulullah SAW pernah mengisyaratkan suasana masyarakat di zaman yang di takuti oleh baginda iaitu akhir zaman. Di zaman itu berlaku beberapa perkara, di antaranya ialah:
1. Sembahyang diabaikan, diringan-ringan atau ditinggalkan. Sekarang lebih kurang 80% orang Islam sudah tidak bersembahyang.
2. Orang yang hidup mengikut kehendak agama (beriman) tertindas dan hati mereka merintih terhadap maksiat; hatinya hancur luluh tetapi ia tidak mampu mencegah.
3. Agama Islam tidak ramai membelanya, iaitu tidak ramai yang mengamalkan dan menyebarkannya.
4. Banyak sekali Al-Quran dicetak dan indah-indah tetapi ia dijadikan perhiasan, slogan, jarang di baca dan diamalkan ajarannya.
5. Keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar, filem-filem dan buku-buku lucah mudah didapati.
6. Penjenayah menjadi pemimpin; kebanyakannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
7. Perkara-perkara yang benar menjadi samar, sukar untuk dibezakan. Perkara-perkara yang halal di anggap haram, dan yang haram dianggap halal.
8. Berbohong menjadi satu keperluan untuk hidup, kalau tidak berbohong dianggap susah untuk hidup senang.
9. Zakat dianggap beban.
10. Hujan turun bukan pada musimnya.
11. Wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan.
12. Anak-anak menderhakai ibu bapanya.
13. Sukar untuk membezakan kawan dan lawan.
14. Dosa seperti berzina, minum arak dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dianggap ringan.
15. Masjid-masjid dihiasi indah, tetapi kebanyakannya kosong dan berkunci.
16. Ramai yang bersembahyang tetapi munafik, berlakon sahaja. Sewaktu sembahyang mereka menutup aurat, di luar sembahyang mereka mendedah aurat.
17. Riba berleluasa, sehingga orang alim pun terlibat sama.
18. Bertambah ramai penyanyi wanita. Wanita adalah senjata syaitan yang tajam.
19. Darah manusia tidak berharga. Peperangan, pembunuhan dan jenayah berlaku bagaikan mainan harian.
20. Bilangan wanita lebih ramai dari lelaki.
21. Akan datang manusia dari Barat mempengaruhi mereka yang lemah iman. Sekarang ini sudah ramai orang Islam mengikut cara Barat yang menyesatkan seperti didalam berpakaian, pergaulan, berpesta dan lain-lain cara hidup.
Isnin, 23 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan