Rabu, 11 November 2009

"Aku Mahu Pulang... "

w:BrowserLevel>

Hari berganti hari. Keadaan ku semakin tenat. Tubuh ku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandangan ku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekeliling ku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggang ku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. nafas ku sesak.

Tiba-tiba tangan ku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap ....... Asyhaduallailahaillallah ........." ucapan itu dibisikkan ke telinga ku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulut ku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotan ku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja .Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah?

datang lah ke sini, aku ingin berbicara dengan mu datanglah.....Tapi mata ku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.

"Abang kah yang bersuara itu? kau lafaz kan, abang. Tolonglah adik mu ini. Tolong bukakan mata ku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,aku hanya mampu menangis saja dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah dengan mu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telinga ku Aku tahu itu suara abang.

Tetapi kenapa aku di perdengar kan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.

Sedetik lagi Izrail datang.

Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekeliling ku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku,aku takut".

Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan

"Panas,dahaga,haus,panas........".

tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenek ku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibu mu. Air susu ini membesarkan mu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anak ku. matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??

Kenapa kau berubah laku??

Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".

Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telinga ku.Itu suara ibu. Tapi lidah ku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang .

"Apa ini, apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasad ku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepala ku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuh ku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidung ku,seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya......".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katil ku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawab ku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabat mu,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".

Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalan mu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.

Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.

Solat ku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.

Pergaulan ku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahi ku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badan ku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!

Kenapa air ini berbau air kapur barus.

Tolong jangan tekan perut ku dengan kuat,sakit!!!!

Kenapa ramai orang melihat aku???

Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.

Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badan ku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?

Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan ku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustaz ku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"

Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampung ku.

"Ke situ kah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasad ku. Beberapa tangan memegang ku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!

Aku seram!!!".

Kini aku berada di dalam liang ke dalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupi ku. "Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badan ku di tembusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandangan ku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuh ku terasa telah di tembusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.

Aku takut!!!

Gelap!!!

Panas!!!

Tolong !!!

It's must be ours one time. "Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati" Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita seagama... Tiada yang lebih daripada mengingati mati... Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Meminta maaf merupakan petanda sihat bahawa orang masih berbicara dengan hatinya -- A.Wahab.Ali