Ahad, 21 Jun 2009

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Hai anak-anak ku;

1. Jagalah nama baik ibu bapa mu sepanjang hayat.

2. Pastikan diri mu sentiasa teguh mendirikan solat dan berakhlak mulia sepanjang hayatmu.

3. Doakanlah kesejahteraan untuk ibu bapamu sedaya yang mungkin.

4. Bahagiakanlah, gembirakanlah hati ibu bapamu sedaya mungkin.

5. Pandanglah ibu bapamu dengan penuh kasih sayang dan berbicaralah dengan suara yang lemah lembut.

6. Jangan sekali-kali engkau susahkannya dan memalukan ibu bapamu.

7. Janganlah engkau sombong pada ibu bapamu walau setinggi mana darjat dan pangkatmu.

8. Berkorbanlah jiwa raga, harta dan masa untuk membela ibu bapamu.

9. Pohonkanlah keredhaan dan keikhlasan dari ibu bapamu sebelum hayatnya berakhir.

10. Maafkanlah segala salah silap ibu bapamu walau banyak mana sekalipun.

11. Sentiasalah engkau kirimkan tasbih, zikir ayat –ayat suci Al-Quran untuk ibu bapamu.

12. Buatlah baik kepada rakan handai ibu bapamu, bilamana ibu bapamu sudah meninggal dunia.

“ANAK-ANAKKU… ENGKAULAH BUAH HATI, TINGGALAN HARTA IBU BAPA, BAIK DIRIMU, BAIKLAH IBU BAPAMU.”

Jumaat, 19 Jun 2009

Fadilat Bulan Rejab

Bulan Rejab 1430 Hijrah kembali lagi pada 24 Jun 2009 ini. Marilah kita mengambil ikhtibar dari kemuliaan bulan ini untuk meningkatkan lagi amalan kita. Semoga yang dipaparkan ini dapat membantu kita dalam persiapan kita menghadapi perjalanan yang jauh, kekal abadi di Akhirat kelak.

REJAB ertinya “MULIA”, merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Pada 27 Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.

Bersabda Rasulullah saw maksudnya:" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya:,

-Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

-Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

-Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

-Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

-Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

-Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

-Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

Amalan-amalan pada bulan REJAB adalah seperti berikut:-

1. Membaca doa awal REJAB

2. Mengerjakan puasa sunat REJAB

a. Puasa 20 hari - di ampunkan dosa2 yang lalu

b. Puasa 19 hari - akan dibinakan mahligai di syurga

c. Puasa 16 hari - dapat melihat ALLAH di dalam syurga

d. Puasa 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100 ribu tahun

e. Puasa 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10 ribu tahun

f. Puasa 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3 ribu tahun

g. Puasa 10 hari - diberi 2 sayap utk terbang seperti kilat di SIRATAL MUSTAQIM

h. Puasa 9 hari - tidak di tolak masuk syurga

i. Puasa 8 hari - akan dibukakan 8 pintu syurga pada hari KIAMAT

j. Puasa 7 hari - ditutupkan 7 pintu NERAKA pada hari KIAMAT

k. Puasa 6 hari - dikeluarkan dari kubur dgn muka bercahaya

l. Puasa 5 hari - terhindar dari seksa kubur

m. Puasa 4 hari - akan dijauhkan dari bala bencana

n. Puasa 3 hari - dibina benteng penghalang dari api neraka

o. Puasa 2 hari - dilipat gandakan pahala amal ibadah

p. Puasa 1 hari - diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun.

3. Melaksanakan Solat Sunat REJAB

a. Solat Sunat Awal REJAB

b. Malam pertengahan atau 15 REJAB

c. Malam akhir atau 30 REJAB

d. Solat Sunat REJAB pada hari KHAMIS pertama bulan REJAB

e. Solat Sunat Taubat di ikuti istighfar

4. Berzikir, bertasbih dan berselawat setiap hari pada bulan REJAB.

Semoga kita akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah selalu...