Rabu, 19 Mei 2010
MUTIARA PERINGATAN
Mutiara Peringatan
Oleh : Hajah Masirah Maslan
SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
1. Tersebut didalam khabar (hadis) 5 perkara racun yang membunuh dan 5 perkara penawar sebagai ubatnya :
1. Dunia itu racunnya dan zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikirullah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadhan itu ubatnya.
2. Sabda Nabi SAW :
Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara
1. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
2. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah
3. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :
1. Hartanya untuk warisnya.
2. Nyawanya untuk malaikat maut.
3. Dagingnya untuk ulat-ulat.
4. Tulangnya untuk tanah.
5. Amalan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
4. Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau?
2. Hai anak Adam! Adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
3. Hai anak Adam! Adakah engkau bunuhkan dunia atau dunia bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi jenazah, berserulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Dimanakah badan engkau yang kuat yang sekarang menjadi lemah?
2. Hai anak Adam! Dimanakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapakah diam?
3. Hai anak Adam! Dimanakah kekasih engkau, mengapakah yang jadi meliar akan engkau?
6. Apabila dibawa ke atas kain kapan, maka menyerulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tiada bekal?
2. Hai anak Adam! Engkau keluar dari rumah yang tiada engkau kembali selama-lamanya?
3. Hai anak Adam! Engkau tinggal segala kenderaan maka engkau tiada kenderaan selama-lamanya? Dan engkau berpindah ke negeri yang huru-hara.
7. Apabila mayat dibawa diatas pengusung (keranda), maka menyerulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika
kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal kamu banyak.
3. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah.
8. Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka menyerukah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2. Hai anak Adam! Jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik.
3. Hai anak Adam! Jika amalmu itu buruk,kamu akan lihat buruk.
9. Imam Anas bin Malik RA meriwayatkan, bahawa bumi berkata setiap hari :
1. Hai anak Adam! Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur).
2. Hai anak Adam! Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, kamu akan di siksa didalam perutku (kubur).
3. Hai anak Adam! Kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku (kubur).
4. Hai anak Adam! Kamu makan barang yang haram di atasku, seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku (kubur).
5. Hai anak Adam! Kamu bersuka ria di atasku, kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku (kubur).
6. Hai anak Adam! Kamu mengumpulkan barang yang haram di atasku, tapi kamu akan hancur di dalam perutku (kubur).
7. Hai anak Adam! Kamu bersikap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku (kubur).
8. Hai anak Adam! Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku, tapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku (kubur).
9. Hai anak Adam! Kamu berjalan dengan sinar cahaya menerang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan (gelap gulita) di dalam perutku (kubur).
10. Hai anak Adam! Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal berseorangan di dalam perutku (kubur).
Dari riwayat yang lain pula bahawa kubur setiap hari menyeru manusia 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (tahajjud).
3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang akan menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan ‘Bismillahirahmanirrahim’sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah amalan ‘Lailahaillallah Muhammad Rasulullah’ supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan