Pandangan Ustaz Dato' Shamsuri Ahmad, Pendakwah bebas mengenai berulang perangai jahiliyah pada masa sekarang ini.
Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah : Apa Penyelesaian Kes Buang Bayi ?
Khamis, 20 Mei 2010
Rabu, 19 Mei 2010
MUTIARA PERINGATAN
Mutiara Peringatan
Oleh : Hajah Masirah Maslan
SAMT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
1. Tersebut didalam khabar (hadis) 5 perkara racun yang membunuh dan 5 perkara penawar sebagai ubatnya :
1. Dunia itu racunnya dan zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikirullah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadhan itu ubatnya.
2. Sabda Nabi SAW :
Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara
1. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
2. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah
3. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :
1. Hartanya untuk warisnya.
2. Nyawanya untuk malaikat maut.
3. Dagingnya untuk ulat-ulat.
4. Tulangnya untuk tanah.
5. Amalan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
4. Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau?
2. Hai anak Adam! Adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
3. Hai anak Adam! Adakah engkau bunuhkan dunia atau dunia bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi jenazah, berserulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Dimanakah badan engkau yang kuat yang sekarang menjadi lemah?
2. Hai anak Adam! Dimanakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapakah diam?
3. Hai anak Adam! Dimanakah kekasih engkau, mengapakah yang jadi meliar akan engkau?
6. Apabila dibawa ke atas kain kapan, maka menyerulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tiada bekal?
2. Hai anak Adam! Engkau keluar dari rumah yang tiada engkau kembali selama-lamanya?
3. Hai anak Adam! Engkau tinggal segala kenderaan maka engkau tiada kenderaan selama-lamanya? Dan engkau berpindah ke negeri yang huru-hara.
7. Apabila mayat dibawa diatas pengusung (keranda), maka menyerulah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika
kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal kamu banyak.
3. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah.
8. Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka menyerukah suara dari langit sebanyak 3 kali :
1. Hai anak Adam! Segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2. Hai anak Adam! Jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik.
3. Hai anak Adam! Jika amalmu itu buruk,kamu akan lihat buruk.
9. Imam Anas bin Malik RA meriwayatkan, bahawa bumi berkata setiap hari :
1. Hai anak Adam! Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur).
2. Hai anak Adam! Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, kamu akan di siksa didalam perutku (kubur).
3. Hai anak Adam! Kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku (kubur).
4. Hai anak Adam! Kamu makan barang yang haram di atasku, seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku (kubur).
5. Hai anak Adam! Kamu bersuka ria di atasku, kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku (kubur).
6. Hai anak Adam! Kamu mengumpulkan barang yang haram di atasku, tapi kamu akan hancur di dalam perutku (kubur).
7. Hai anak Adam! Kamu bersikap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku (kubur).
8. Hai anak Adam! Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku, tapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku (kubur).
9. Hai anak Adam! Kamu berjalan dengan sinar cahaya menerang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan (gelap gulita) di dalam perutku (kubur).
10. Hai anak Adam! Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal berseorangan di dalam perutku (kubur).
Dari riwayat yang lain pula bahawa kubur setiap hari menyeru manusia 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (tahajjud).
3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang akan menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan ‘Bismillahirahmanirrahim’sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah amalan ‘Lailahaillallah Muhammad Rasulullah’ supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Khamis, 13 Mei 2010
Memoir 13 Mei 1969
Sebelum keluar makan tengahari tadi, baru aku tersedar bahawa hari ini adalah ulangtahun ke 41 tahun peristiwa yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu. Aku sekeluarga menetap di Kampung Jaya (ketika itu) sekarang dikenali sebagai Taman Dato’ Harun dalam kawasan Taman Medan, Petaling Jaya (yang popular dengan bermacam peristiwa sedih serta menyayat hati ORANG Melayu yang pernah berlaku). Pada masa itu, ada 2 perkampungan Melayu berdekatan disitu iaitu Kampung Medan dan Kampung Benggali. Jalan Klang Lama (sekarang ini New Pantai Expressway) pada ketika adalah jalan utama 2 lorong( pergi balik dari Kuala Lumpur ke Klang menaiki bas). Diseberang depan Kampung Jaya ada kilang seperti Dunlop dan Malayan Cables beroperasi. Kawasan Taman Sri Manja sekarang adalah kawasan lombong bijih timah. Aku teringat kembali yang seperti baru semalam berlaku dan bagaimana susahnya hidup dalam keadaan darurat.
Pada ketika itu, aku baru bersekolah darjah 1 di Sekolah Rendah Jalan 10 Petaling Jaya. Pagi itu seperti biasa kami pergi ke sekolah tanpa rasa takut atau bimbang kerana segalanya berjalan seperti hari-hari sebelumnya. Orangramai sibuk ke pasar dan kedai-kedai untuk berbelanja. Aku ke sekolah dengan berjalan kaki menyusuri rel keretapi melalui jalan pintas ke Petaling Jaya seawal jam 6.45 pagi dengan ditemani oleh beberapa kawan serta ibu-ibu mereka (teringat kepada kawan-kawan aku seperti Baharuddin Hasan, Arifin Abdullah dan Mustafa). Arifin seperti selalu akan ditemani oleh emak angkatnya (Lariah nama dipanggil). Pada tengahari nanti aku dan Bahar akan dibawa pulang menaiki kereta yang dipandu oleh arwah Encik Mat Napis.
Pada jam 12 tengahari 13 Mei 1969 tersebut, jalan-jalan di hadapan sekolah kami mulai senyap sunyi (tingkap, pintu serta pagar rumah-rumah sekeliling sekolah tertutup rapat tanpa ada penghuni berkeliaran) Suasana tidak sama seperti selalu. Jam 12.45 tengahari, aku serta beberapa rakan sekolah di panggil oleh Mr Webber (seorang Mat Saleh dari New Zealand) iaitu Gurubesar di sekolah tersebut ke pejabat. Terkenang aku kepada jasa baik serta keperihatinan beliau dalam menghadapi situasi tegang tersebut. Di manakah beliau sekarang samaada masih hidup atau telah mati tidak diketahui??? Beliau kekal sebagai Gurubesar sehingga aku darjah 6. Dengan bahasa isyarat kerana kami anak-anak Melayu ketika itu tidak tahu berbahasa Inggeris, beliau memberitahu bahawa satu peristiwa buruk akan berlaku dan telah mengarahkan kami balik lebih awal dengan menyeludupkan kami melalui jalan belakang sekolah (ketika itu dipenuhi dengan rumah orang-orang Cina), disuruh masuk ke dalam longkang untuk menyelamatkan diri. Kami berempat (aku, Bahar, Ipin & Lariah) menyusur longkang perlahan-lahan (dengan memikul beg kotak diatas kepala untuk melindungi diri masing-masing) sehingga menemui rel keretapi yang biasa kami lalui. Kecut perut kami berempat pada masa itu tidak dapat digambarkan dengan perkataan.
Apabila telah sampai ke rel keretapi, kami mempercepatkan langkah dengan berlari-lari anak dengan menyeret beg kotak sekolah sekejap pikul dikepala untuk sampai ke rumah. Kampung Jaya telah kelihatan tetapi perjalanan masih jauh lagi. Di hujung sana kelihatan beberapa penduduk kampong diketuai oleh arwah Imam Hasan (Imam surau kami), arwah Pak Ali dan Pak Sahak membuat kami tersenyum tetapi tanpa kami sedari dibelakang kami pula sekumpulan orang-orang Cina mengejar dengan membawa parang untuk menangkap kami. Demi terpandang saja itu, ada yang tertinggal beg kotak sekolah dek kerana takut yang amat sangat. Orang-orang Cina di belakang yang mengejar mula memperlahankan langkah mereka apabila melihat kami sudah berada dekat dengan orang kampong yang keluar (jika mereka dapat tangkap kami pada masa itu, tidak dapatlah aku menceritakan detik awal 13 Mei 1969 di tempat aku kepada kalian semua). Temanku Bahar jatuh pengsan didakapan bapanya arwah Imam Hasan sejurus sampai sementara kami yang lain pucat lesi dan terkencing-kencing dibuatnya. Disitu aku berjumpa arwah Encik Mat Napis yang menerangkan bahawa beliau telah datang kesekolah tetapi tidak dapat berhenti kerana keadaan yang sangat kritikal pada masa itu. (Semuga Allah mencucuri rahmat keatas mereka yang telah meninggalkan aku dan jasa baiknya).
Orang kampong telah berkumpul untuk menjaga rumah dan keluarga masing-masing. Hanya dengan bersenjata batang penyapu, rantai basikal, cangkul, parang, lembing dan beberapa senjata lain untuk mempertahankan diri serta keluarga. Malam itu semua mereka pakat berjaga dan bersiap sedia menghadapi semua kemungkinan yang tak pasti (kalau setakat rumors mengenai pembunuhan itu ini jangan cakap la…) Bila kedengaran jeritan atau siren kecemasan berbunyi, mula lah panic semua orang. Ada yang berlari ke kawasan Wireless PDRM (kerana disitu ada polis yang berkawal untuk berlindung tetapi ada juga yang tetap dirumah masing-masing).
Di Kampung Jaya ketika itu ada sebuah kedai runcit kepunyaan taukeh Cina (Ah Kaw namanya, dimana anaknya Ah Chai adalah kawan sepermainan dan rapat dengan aku. Juga mempunyai anak-anak perempuan yang rajin. Biasa datang kerumah untuk makan dan minum). Itu adalah kedai runcit utama untuk penduduk berbelanja. Taukeh Ah Kaw seorang yang peramah dan baik hati dengan penduduk kampong tetapi telah dibunuh bersama anak, isteri dan emak atau bapanya(aku kurang pasti) kecuali Ah Chai yang dapat menyelamatkan diri kerumah kakaknya di Sungai Besi (aku pun tak tau di mana dia sekarang). Pada masa peristiwa 13 Mei 1969, kedainya telah dipecahkan serta barang dagangannya di ambil penduduk kampong kerana bila diisytiharkan darurat (curfew) sahaja, pergerakan orangramai akan terbatas. Makanan sukar didapati. Aku teringat pada emakku, kami hanya makan ikan masin dengan bersayurkan betik muda yang ditanam ditepi rumah ketika itu tetapi kena berkongsi dengan penduduk yang menumpang bersama kami (dapatlah sikit sorang…)
Tanggal 15 Mei 1969, jiranku Ustaz Razak (Abang Nayan) masih tidak pulang kerumah kerana terperangkap di Kuala Lumpur. Pada 16 Mei 1969, sebuah lori ikan dari Klang telah ditahan daripada meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Klang Lama (dihadapan kuil Hindu ketika ini Jalan 2 Taman Dato’ Harun), pemandunya dibunuh sementara lorinya dibakar. Bermula dari situ, aku melihat orang-orang Melayu bersiap sedia dengan mengamalkan ilmu kebatinan sehingga jelas dimata aku sekarang bagaimana mereka berwirid dan kemudian mencelup tangan mereka kedalam minyak yang mendidih tanpa rasa sakitpun.
Dikawasan lombong berdekatan (Taman Sri Manja sekarang terdapat beberapa penempatan orang Cina, rumah-rumah mereka dibakar hingga berkepul asap sampai ketengah malam).
Suasana menjadi kucar kacir ketika itu tanpa ada perlindungan dari sesiapa kecuali Allah saja.
Bermula dari situ kehidupan penduduk kampong sangat sukar. Makanan sudah hampir habis sementara anak bayi mula kehabisan susu minuman. Apa saja yang boleh dijadikan makanan pasti licin (masa tu mana boleh demand dah benda tak ade). Nasib baik ration dari Tentera sampai, itu pun seminggu sekali (teringat peristiwa bagaimana aku kena menipu untuk mendapat lebih susu tepung untuk adik-adikku, itupun satu tin susu pekat F&N sahaja seorang. Datang first round tak pakai baju, datang second round pakai singlet kemudian third round pakai baju pula, tergelak abang-abang askar tu… mungkin dah tau kut!!!) Penduduk sentiasa berhati-hati dan dalam kegusaran yang berpanjangan. Ibu bapa tiada duit poket (kerana tidak boleh pergi kerja mencari rezeki sebab “curfew”. Bila malam bertambah lagi ketakutan kerana tiada lampu jalan seperti sekarang ini. Nak keluar cari air minuman pun kena hati-hati hingga jauh malam kerana hanya dalam kampong itu ada 2 punca air paip yang disediakan ketika itu, bukan semua rumah ada paip seperti sekarang. Anak-anak rimas hidup dalam takut dan tidak bersekolah seperti biasa. Keadaan itu berpanjangan sehingga dekat setahun kemudian.
Kepada anak-anak muda yang TIDAK melalui zaman itu TETAPI hanya mendengar daripada cerita orang sahaja, jangan suka MENCETUSKAN permasaalahan perkauman yang akan mengakibatkan masa depan kita semua menjadi tidak menentu.
SEJARAH WAJAR DIJADIKAN IKHTIBAR BUAT SEMUA RAKYAT NEGARA INI. JANGAN BIARKAN IA BERULANG KEMBALI. SUSAH HIDUP KETIKA ITU, TANYALAH MEREKA YANG PERNAH MENGALAMI NYA???????????
Langgan:
Catatan (Atom)