Rabu, 11 November 2009

"Aku Mahu Pulang... "

w:BrowserLevel>

Hari berganti hari. Keadaan ku semakin tenat. Tubuh ku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandangan ku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekeliling ku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggang ku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. nafas ku sesak.

Tiba-tiba tangan ku di pegang kuat.

"Mengucap sayang, mengucap ....... Asyhaduallailahaillallah ........." ucapan itu dibisikkan ke telinga ku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulut ku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotan ku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja .Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah?

datang lah ke sini, aku ingin berbicara dengan mu datanglah.....Tapi mata ku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.

"Abang kah yang bersuara itu? kau lafaz kan, abang. Tolonglah adik mu ini. Tolong bukakan mata ku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,aku hanya mampu menangis saja dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah dengan mu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telinga ku Aku tahu itu suara abang.

Tetapi kenapa aku di perdengar kan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.

Sedetik lagi Izrail datang.

Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekeliling ku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku,aku takut".

Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan

"Panas,dahaga,haus,panas........".

tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenek ku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibu mu. Air susu ini membesarkan mu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anak ku. matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??

Kenapa kau berubah laku??

Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".

Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telinga ku.Itu suara ibu. Tapi lidah ku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang .

"Apa ini, apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasad ku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepala ku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuh ku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidung ku,seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya......".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katil ku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawab ku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabat mu,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".

Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalan mu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.

Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.

Solat ku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.

Pergaulan ku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahi ku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badan ku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!

Kenapa air ini berbau air kapur barus.

Tolong jangan tekan perut ku dengan kuat,sakit!!!!

Kenapa ramai orang melihat aku???

Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.

Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badan ku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?

Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan ku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustaz ku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"

Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampung ku.

"Ke situ kah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasad ku. Beberapa tangan memegang ku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!

Aku seram!!!".

Kini aku berada di dalam liang ke dalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupi ku. "Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badan ku di tembusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......

Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandangan ku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuh ku terasa telah di tembusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.

Aku takut!!!

Gelap!!!

Panas!!!

Tolong !!!

It's must be ours one time. "Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati" Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita seagama... Tiada yang lebih daripada mengingati mati... Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Meminta maaf merupakan petanda sihat bahawa orang masih berbicara dengan hatinya -- A.Wahab.Ali

Selasa, 21 Julai 2009

Siapa yang tak menjunjung duli

Surat khabar arus perdana sendiri tidak memuliakan sultan tetapi hanya memanggil nama sahaja. Mana rakyat nak hormat sultan sendiri..

Ahad, 21 Jun 2009

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Hai anak-anak ku;

1. Jagalah nama baik ibu bapa mu sepanjang hayat.

2. Pastikan diri mu sentiasa teguh mendirikan solat dan berakhlak mulia sepanjang hayatmu.

3. Doakanlah kesejahteraan untuk ibu bapamu sedaya yang mungkin.

4. Bahagiakanlah, gembirakanlah hati ibu bapamu sedaya mungkin.

5. Pandanglah ibu bapamu dengan penuh kasih sayang dan berbicaralah dengan suara yang lemah lembut.

6. Jangan sekali-kali engkau susahkannya dan memalukan ibu bapamu.

7. Janganlah engkau sombong pada ibu bapamu walau setinggi mana darjat dan pangkatmu.

8. Berkorbanlah jiwa raga, harta dan masa untuk membela ibu bapamu.

9. Pohonkanlah keredhaan dan keikhlasan dari ibu bapamu sebelum hayatnya berakhir.

10. Maafkanlah segala salah silap ibu bapamu walau banyak mana sekalipun.

11. Sentiasalah engkau kirimkan tasbih, zikir ayat –ayat suci Al-Quran untuk ibu bapamu.

12. Buatlah baik kepada rakan handai ibu bapamu, bilamana ibu bapamu sudah meninggal dunia.

“ANAK-ANAKKU… ENGKAULAH BUAH HATI, TINGGALAN HARTA IBU BAPA, BAIK DIRIMU, BAIKLAH IBU BAPAMU.”

Jumaat, 19 Jun 2009

Fadilat Bulan Rejab

Bulan Rejab 1430 Hijrah kembali lagi pada 24 Jun 2009 ini. Marilah kita mengambil ikhtibar dari kemuliaan bulan ini untuk meningkatkan lagi amalan kita. Semoga yang dipaparkan ini dapat membantu kita dalam persiapan kita menghadapi perjalanan yang jauh, kekal abadi di Akhirat kelak.

REJAB ertinya “MULIA”, merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Pada 27 Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.

Bersabda Rasulullah saw maksudnya:" Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya:,

-Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

-Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

-Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

-Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

-Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

-Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

-Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

Amalan-amalan pada bulan REJAB adalah seperti berikut:-

1. Membaca doa awal REJAB

2. Mengerjakan puasa sunat REJAB

a. Puasa 20 hari - di ampunkan dosa2 yang lalu

b. Puasa 19 hari - akan dibinakan mahligai di syurga

c. Puasa 16 hari - dapat melihat ALLAH di dalam syurga

d. Puasa 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100 ribu tahun

e. Puasa 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10 ribu tahun

f. Puasa 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3 ribu tahun

g. Puasa 10 hari - diberi 2 sayap utk terbang seperti kilat di SIRATAL MUSTAQIM

h. Puasa 9 hari - tidak di tolak masuk syurga

i. Puasa 8 hari - akan dibukakan 8 pintu syurga pada hari KIAMAT

j. Puasa 7 hari - ditutupkan 7 pintu NERAKA pada hari KIAMAT

k. Puasa 6 hari - dikeluarkan dari kubur dgn muka bercahaya

l. Puasa 5 hari - terhindar dari seksa kubur

m. Puasa 4 hari - akan dijauhkan dari bala bencana

n. Puasa 3 hari - dibina benteng penghalang dari api neraka

o. Puasa 2 hari - dilipat gandakan pahala amal ibadah

p. Puasa 1 hari - diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun.

3. Melaksanakan Solat Sunat REJAB

a. Solat Sunat Awal REJAB

b. Malam pertengahan atau 15 REJAB

c. Malam akhir atau 30 REJAB

d. Solat Sunat REJAB pada hari KHAMIS pertama bulan REJAB

e. Solat Sunat Taubat di ikuti istighfar

4. Berzikir, bertasbih dan berselawat setiap hari pada bulan REJAB.

Semoga kita akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah selalu...

Sabtu, 23 Mei 2009

Ciri- ciri Pemimpin Menurut Islam

Kepimpinan timbul daripada perkataanpimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai, dan mengetuai. Dalam Islam, pemimpin dipandang sebagai seorang yang bertangggungjawab dalam menegakkan syariat Allah dimuka bumi ini. Ianya selari dengan tuntutan Al-Quran dalam surah Al-Azhab:ayat 72,

dimana semua makhluk Allah, langit, bumi dan gunung- ganang enggan menerima amanah yang diberikan oleh tuhan disebabkan beratnya amanah itu tetapi manusia rela menerimanya”.


Pemimpin yang ideal menurut Islam adalah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat seperti mana yang ditetapkan oleh Al-Quran, Hadis, Sunnah. Kemudian diperjelaskan lagi oleh ulama-ulama dan

pemikir-pemikir Islam yang terkenal.


Seorang ulama dan ahli falsafah terkenal, Al-Farabi menggariskan sifat-sifat kepimpinan seperti berikut:-

1. Bertanggungjawab (amanah) dalam menegakkan syariat Allah.

2. Kesempuraan anggota tubuh.

3. Pengertian (pemikiran) yang luas.

4. Menggambarkan seluruh apa yang dikatakan.

5. Kesempurnaan ingatan yang terlindung.

6. Kesanggupan untuk menyampaikan kepada orang lain dengan sebenarnya menurut keinginan dengan penuh kecintaan kepada ilmu.

7. Dapat menguasai keinginan yang berlebihan dalam makan, minum dan mengawal hawa nafsu.

8. Lapang hati dan cinta keadilan, membenci paksaaan dan penyelewengan.

9. Kesanggupan untuk memberi keadilan tanpa paksaan.

10. Tidak mengenal takut dan mengerjakan menurutkeyakinan.

Pemimpin Yang Tidak Harus Dipilih

Pemimpin yang munafik, tidak amanah (menyeleweng ) dan tidak beriman.


Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat Al- Maidah: 57 bermaksud:

Wahai orang-orang beriman , janganlah kamu ambil pemimpin orang-orang yang membuat agamamu menjadi olok-olok dan main main, iaitu orang yang diberi kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak beriman. Patuhlah kamu kepada Allah, kiranya kamu benar -benar beriman".




memimpin atau dipimpin

Dalam kita memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita daripada peristiwa PRU 12 hingga ke Negeri Perak, renungkanlah.......... di mana pemimpin yang betul-betul bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya. Sekejap sebelah sini rayu, esok sebelah sana pulak rayu sudahnya kami rakyat yang keliru. Buat lah noktah untuk ini semua, tak de pekdahnya, esok mati semua akan di tanya malaikat Mungkar Nakir, itu jam baru tak boleh rayu. Jangan ikutkan rasa hati. Ada mata lihat, ada mulut tegurlah, ada hati jangan dipendamkan kerana itu adalah selemah-lemah iman.